Monday, July 25, 2011

Tak akan berganjak

1. Saya tak akan berganjak depan skrin 20 inci ni. Selepas membeli adapter original acer bernilai RM80. Maka saya tak akan bermuka tebal lagi pegi pinjam kat pengguna acer lain. (ianya untuk laptop acer travelmate saya yang skrin nya patah dan ganti dengan skrin samsung 20 inci. Tebeliak biji mata)


2. Saya baru tau jiran depan rumah saya keje macam maziah tapi tak tau position ape. Always on board. (patut ler saya tengok kekadang dia ari biasa macam tak keje..ari cuti macam keje. Kekadang bila balik macam orang baru turun gunung. ) ~macam biasa taktau kenapa saya suka tengok lelaki kacak dan kenapa saya perlu cerita hal ni. Tapi boleh pulak malu dan sorok muka bila dia tengok saya)


3. Baru-baru ni saya terkena virus herpes zoster. Orang melayu panggil kayap. Penyakit yang tak ada ubat. Memula saya sangat malu kerana hmm...saya teringat herpes ni macam satu penyakit kelamin. (urghhh...lepas tu baru saya tau saya silap. and watehel saya perlu kena penyakit kelamin ni?)

Kalau citer kat orang mesti lepas tu orang tu senyum-senyum, otak dia mesti fikir mesti pernah adakah hubungan seks terlarang. dan tempat tidur saya sure penuh kuman bakteria. Padahal hakikatnya saya sangat rajin tukar bedsheet ok. Siap spray fabreze lagi.

Pastu pegi klinik doktor kata ni penyakit kayap atau name omputihnye shingles. Kayap ni bukan sebab malas mandi pagi atau yang seangkatan dengannya. ~ google je lah sendiri.

Dalam Islam orang kata penyakit ni seolah-olah sama macam percikan api neraka. Tapi pakcik suruh saya bersabar kerana ini adalah ujian dari Yang Maha Esa. Sakitnya hanya yang kena je tahu. Tulang, saraf, dan otot macam dibelit, dipulas, di cucuh api. Macam-macam rasa. Dokter bagi ubat tahan sakit postalon.

Dokter offer antiviral tapi saya tolak. Untuk apa jika kau makan pil dari syurga sekalipun penyakit tak akan baik?

Sepanjang saya sakit kayap, sekali je saya telan ponstan ni. Nak kata tak sakit, rasanya macam sakit mencucuk-cucuk. Nak kata sakit sangat, sakit lagi bedah jantung. Hmm..tahan ajelah.


Waktu ni lah saya rasa kalau saya ada duit yang banyak saya sanggup bayar untuk sembuhkan sakit ni. Kebetulan shingles tu kena kat tapak kaki kiri. Sekaligus buat saya tak mampu nak berpijak dan berjalan. Saya merangkak. Ya. Memang itu je jalannya.

Ubat paling mujarab adalah semburan air ludah janda kahwin teruna atau duda kahwin anak dara. Dengar macam merepek. Serius merepek bagi saya yang beruban-urban ni.

So, ikut je lah cakap pakcik. Lama-lama makin tak tahan, makin pedih, makin merebak. Kalau cukup satu bulatan, si pesakit akan kehilangan upaya dan akhirnya akan mati. Dokter pun cakap camni.

Petang tu jugak lepas jumpa doktor, saya cari putik nangka. Cari janda kahwin teruna. Mintak izin untuk dia sembur shingles ni. Lepas dia buat untuk kali kedua, ruam yang merah macam melecur tu dah nampak surut dan kecut. Tapi belum sepenuhnya. ~Well that's a good sign.

Cukup 3 kali alhamdulillah shingles dah merah dan jadi hitam. Maksudnya shingles tu dah mati. Tapi jangan lupa ini adalah virus. Ianya mungkin latent dalam badan. Dan mungkin menyerang lagi apabila body defence lemah.

Seminggu lagi nak puasa. Harapan saya semoga ibadah kita diangkat ke langit terus ke channel yang didail. Dan bertemu kita di hari baik malam baik iaitu malam lailatulqadar seperti tahun sebelum-sebelumnya.

Akhir kata, anda jangan percaya tipu helah saya yang suka berpura-pura ini. Selamat membaca.



2 new ideas:

LadyAdreena said...

alolololo..
siannya dia..~

Cik Puan Berangan said...

sian kat diri sendiri jgk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
src='http://files.main.bloggerstop.net/uploads/3/0/2/5/3025338/smiley.js' type='text/javascript'/>