Alkisahnya aku sakit panas satu badan. Habis kami sekeluarga kena gatal-gatal. Keluar biji air kat kulit. Macam ruam. Abang dan adik aku paling teruk. Mak....lagi teruk tapi bukan kerana gatal-gatal ruam tapi mengalami tekanan emosi je. Bukan sakit mental tapi asyik nak marah je. Celik mata je nak marah. Yang kena aku lak tu. Redha je la..Dengar je. Nak lawan nanti jatuh derhaka. Paling baik pun baca surah Annas banyak-banyak. Puh puh hembus kat mak. Pastu ok la.
Abah orang yang paling kool dan paling tak banyak cakap pun kena ruam tu. Tapi lagi teruk sebab abah minum air teh yang diberi tutt*.
Sebab dah tak tahan kami pun pegi jumpa pakcik tukang urut. Alhamdulillah. Badan pun ringan. Masa tu pakcik suruh baca ayat Nabi Sulaiman a.s. Baca sebanyak mana yang mampu. Kalau ikut adab lagi cepat. Kalau tak ikut adab ade la tu sangkut kat mana-mana.
Mula lepas maghrib aku baca. Tak sampai isyak aku tertidur. Biasalah..ni aku kan..
Aku diberi mimpi.
Dalam mimpi tu. Walaupun tak direct, ade la sikit-sikit Dejavu yang boleh aku relate ngan situasi sekarang. Ada sorang lelaki. Agak soleh dan alim. (fizikalnya). Berserban berjanggut. Pakai pun baju raihan yang cerah tu. Satu hari, lelaki ni meninggal dunia. Innalillah w.l.r.j.n.
Aku, kakak dan adik aku, semua 3 orang kena uruskan jenazah ni. Aku pun pelik camne nak urus jenazah lelaki ni. Sape nak mandikan sape nak kafankan..hmm..tp taktau camne akhirnya siap juga urusan kafankan sampai la time nak kebumikan jenazah ni.
Ada dua tempat perkuburan. Islam dan Cina. Yang pelik bin ajaib, lelaki ni dikuburkan di tanah perkuburan cina!!!!
Ya Allah. Kalau lah jadi dalam realiti, ada adik beradik atau keluarga sendiri yg jd macam tu...nauzubillah tak dapat digambarkan. Tanam di kalangan yang bukan Islam tu maksudnya dah jd sebahagian drpd mereka. Kafirun. Sedih juga.
Kemudian pada masa nak tanam tu, kebetulan ada seorang lg yg sedang ditanam. Ada la upacara mengikut adat cina. Dengan gendang, dengan keranda besar, orang ramai lagi. Sedangkan yang jenazah ni kami 3 orang beradik je yang urus. Kubur dah ada. Siap gali. Dan cuma keluarkan macam sampah (macam isi pelastik kosong dengan kertas banyak2 untuk nampak gemok) dari lubang tu dan letak jenazah tu dalam tanah. Dah siap. dah selesai kebumi ade la sorang bc doa. tp dari jauh..
Kemudian berlaku kejadian tak disangka. Tetiba air penuh macam kolam empat segi kat kubur tu. hmm...pastu tesedar..Adela sejam tertidur. Bangun tidur jantung laju. tercungap-cungap rasanya.
Petunjuk dah ada. Kita je manusia cuba nak menafikannya.
Sekian. terima lah cerita bohong dari saya. Jangan pura-pura percaya ya.
0 new ideas:
Post a Comment